Azren sampai di rumahnya, dengan basah kuyup kerana hujan turut lebat di luar. Walaupun kakinya tersadung dan terjatuh beberapa kali akibat kasut lusuhnya yang licin, dia tetap tersenyum. Walau dompetnya dicuri oleh penyeluk saku ketika menaiki lrt, dia redha. Walau temuduga kerjanya tadi gagal, dia rasa gembira. Walau sudah enam bulan dia tidak bekerja, dia tidak mengeluh.
Azren pulang ke rumah dengan membawa sebungkus kuih lapis, kegemaran isterinya, Mila. Sebaik sahaja dia membuka pintu rumah, Mila memandangnya dengan muka masam.
"Abang ni! Penat saya kemas rumah! Balik-balik je basah!" Mila memarahinya.
"Maafkan abang ya... Ni, abang ada belikan kuih yang Mila suka," kata Azren sambil menunjukkan bungkusan plastik dibasahi air itu.
"Saya akan berselera nak makan kalau abang bekerja balik!"
"Maaf ya, sayang... Tadi masa temuduga kerja... abang... Mereka mahukan pekerja yang ada ijazah..."
"Alasan! Itu je yang abang tau! Itulah, dulu siapa suruh tak masuk universiti? Sekarang dah bodoh, siapa susah? Bini yang kena tanggung!"
"Abang lapar... Mila dah masak?"
"Nak masak dengan apa? Tahi kucing!? Makan kuih murah abang tu!"
Azren akur dan membuka bungkusan kuih lapisnya. Sudah menjadi kebiasaan, dia akan memakan kuih ini lapisan demi lapisan dengan perlahan-lahan.
Lapisan pertama.
Azren membuka mulutnya, Mila masih membebel.
"Menyesal saya kahwin dengan abang! Miskin!"
Lapisan kedua.
Milla masih marah.
"Kawan-kawan saya semua laki ada guna!"
Lapisan ketiga
Milla masih tidak berhenti.
"Semua mereka dapat. Emas, kereta! Saya habuk pun takda!"
Lapisan keempat.
Azren mengunyah perlahan sambil mendengar luahan Mila.
"Abang dahlah pokai! Pastu lembik! Sampai sekarang kita tak ada anak!"
Lapisan kelima.
Walaupun pedih, Azren tetap menelah lapisan keempat.
"Saya penat jadi bini abang!"
Lapisan keenam.
Rasa tidak puas hati itu diteruskan.
"Kalau saya kahwin dengan pilihan mak saya dulu, saya hidup senang!"
Lapisan terakhir.
Mila menjerit bagaikan orang gila.
"Saya menyesal kahwin dengan abang!"
Azren melepaskan keluhan berat. Dia masih tersenyum walaupun dicaci oleh Mila. Bukan saja hari ini, tetapi setiap hari selama enam bulan sejak dia dihentikan kerja oleh bosnya yang pernah mengadakan hubungan sulit dengan Mila, beberapa kali. Sehinggalah bos Azren sudah mula muak dengan Mila...
"Abang ceraikan kau dengan talak tiga..." Azren berkata dengan tenang.
Azren keluar semula dari rumahnya dengan senyuman luas. Walaupun Mila menangis dan menjerit seperti dirasuk, Azren tidak berpaling. Walau Milla merayu dan meminta maaf, Azren memekakkan telingannya. Buat pertama kali dalam hidupnya, dia rasa bebas!
8 comments
pemberian yang paling bagus bagi isteri yang tak tahu dek untung!
dah isteri dia pn curang mmg layak diceraikan...
kalau bini dah ada mulut cam bontot ayam cenggitu...eloklah tinggal, mana taknya, tak makan nasihat lagi ada..aishh
sentap hati mak mmbaca.
tu lah membebel lagi...
6 bulan baru cerai? Mmmm...
=D
huiii..huhuhuhu..
mila ni mila dlm cte ombak rindu ke?heheh..
bahaya gak bebel gini..opss..
mcm mnela die ley makan smbil dgr bebelan keji, kejam, pedih sentap tu?
aku senyum puas bace part penghabisan
#gudjob!