PEMENANG TEMPAT PERTAMA PESTA CERPEN KOMPETISI AKSARA BAGI TAHUN 2012
SITI FADIYANUR
TAJUK CERPEN : POHON CINTA
"Umi..Umi..Kenapa kita datang sini." Soal kanak-kanak kecil
itu pada ibunya.
"Sayang...Kita datang sini untuk melihat terbenamnya matahari di kala senja menyinsing." Jawab wanita yang berumur lingkungan 30-an itu.
"Menyinsing itu apa Umi?" Tanya kanak-kanak itu lagi."Emmmm...Anak Umi ni masih kecil. Suatu hari nanti kamu akan tahu. Ok sayang." Jawab wanita itu sambil mengusap lembut kepala kanak-kanak itu. Bibirnya sentiasa mengukir senyuman.
"Umi..Umi..Apa nama pohon ini? Cantik. Ku suka pohon ini." Tanya kanak-kanak itu lagi pada ibunya.
Ibunya tersenyum dan menjawab. "Pohon ini, namanya 'pohon cinta."
"Pohon cinta?" Kanak-kanak itu mengulang kata ibunya.
"Ya sayang. Ada kisah di sebalik pohon ini. Ku nak dengar?" Jawab wanita itu dan bertanya kembali pada anaknya.
"Nak..nak..nak.." Jawab kanak-kanak itu sambil melompat gembira.
"Baiklah...mari sini duduk dengan Umi. Tapi Ku tidak boleh menyoal apa-apa sebelum Umi habis bercerita.\" Pesan wanita itu sebelum memulakan ceritanya.
"Baik Umi." Jawab kanak-kanak itu, setelah mengambil tempat di sebelah ibunya.
"Pohon cinta ini............" Wanita itu memulakan ceritanya. Kanak-kanak itu setia mendengar cerita si ibu tanpa sepatah suara.
"Sayang...Kita datang sini untuk melihat terbenamnya matahari di kala senja menyinsing." Jawab wanita yang berumur lingkungan 30-an itu.
"Menyinsing itu apa Umi?" Tanya kanak-kanak itu lagi."Emmmm...Anak Umi ni masih kecil. Suatu hari nanti kamu akan tahu. Ok sayang." Jawab wanita itu sambil mengusap lembut kepala kanak-kanak itu. Bibirnya sentiasa mengukir senyuman.
"Umi..Umi..Apa nama pohon ini? Cantik. Ku suka pohon ini." Tanya kanak-kanak itu lagi pada ibunya.
Ibunya tersenyum dan menjawab. "Pohon ini, namanya 'pohon cinta."
"Pohon cinta?" Kanak-kanak itu mengulang kata ibunya.
"Ya sayang. Ada kisah di sebalik pohon ini. Ku nak dengar?" Jawab wanita itu dan bertanya kembali pada anaknya.
"Nak..nak..nak.." Jawab kanak-kanak itu sambil melompat gembira.
"Baiklah...mari sini duduk dengan Umi. Tapi Ku tidak boleh menyoal apa-apa sebelum Umi habis bercerita.\" Pesan wanita itu sebelum memulakan ceritanya.
"Baik Umi." Jawab kanak-kanak itu, setelah mengambil tempat di sebelah ibunya.
"Pohon cinta ini............" Wanita itu memulakan ceritanya. Kanak-kanak itu setia mendengar cerita si ibu tanpa sepatah suara.
"Assalammualaikum...KuUmmairah."Sapa KuKamilSyah dan tersenyum.
"Waalaikumussalam..KuKamilSyah."Jawab KuUmmairah dan tersenyum.
"KuUmmairah sayang......Masih ingat saat pertama kali kita berjumpa?" Soal KuKamilSyah dengan suaranya yang lunak dan manja. Sekadar ingin bermanja dengan insan yang akan menyinari hidupnya. Suatu hari nanti.
"Mestilah ingat. Itulah kenangan yang paling indah dalam hidup saya. Emmmm... Pada mula-mula awak nak pikat saya, awak asyik ikut saya ke hulu, ke hilir hingga saya naik rimas dan bengang dengan awak. Nak marah pun ada juga." KuUmmairah mula bercerita saat pertama pertemuan mereka.
"Betul, saya masih ingat masa awak marah saya sebab asyik ikut awak. Yang paling saya tak boleh lupa. Awak menjerit dekat tepi pantai dan mengatakan yang saya nak cabul kehormatan awak. Sabar sahaja saya mendengarnya tau. Malu pun ada juga, takut. Semua rasa ada. Kira secukup rasalah." KuKamilSyah menyelit ketika KuUmmairah sedang ralit bercerita.
"Dan masa itulah awak cakap yang awak nak berkawan dengan saya kan?" KuUmmairah megingati saat di mana KuKamilSyah melamarnya sebagai kekasih.
"A'ah..tapi sayang, saya kena tolak. Tanpa di bagi talian hayat. Kesiannyalah saya. Tapi saya tidak berputus asa. Saya masih ingin memenangi hati awak. Di pohon inilah saya meninggalkan nota untuk menambat hati awak. Tapi tidak semudah yang saya sangkakan." KuKamilSyah menyambung cerita.
"Tapi, akhirnya saya terima lamaran awak juga.\" KuUmmairah tidak mahu kalah dalam perbicaraan itu.
"Memang awak terima saya, setelah saya menulis puisi cinta sebanyak 50 helai kertas." KuKamilSyah tidak lupa pada usahanya yang mengirim puisi setiap hari untuk KuUmmairah.
"Dan awak akan letakkan puisi-puisi itu di pohon ini. Pohon ini, dah banyak berjasa pada awak. Sebagai telangkai untuk memiliki saya sebagai teman. KuKaisyar sebagai posman awak." KuUmmairah masih ingat, pohon itu di jadikan peti surat tidak berbayar mereka dan adik lelakinya sebagai posman cinta mereka.
"Sebagai teman dan sebagai kekasih." Sambung KuKamilSyah.
"Hehehehe..." Mereka ketawa bersama saat teringatkan kenangan itu.
"Indahkan saat-saat itu." KuKamilSyah mula bersuara serius dan tersenyum gembira.
"Benar, saat paling manis kita." KuUmmairah juga berasa begitu. Di dalam hati, mereka mengucap syukur pada PENCIPTA menemui mereka dan menyatukan mereka sebagai pasangan bahagia. Tidak pernah putus senyuman di bibir mereka.
"Hari ini, saya ajak awak tengok matahari terbenam, untuk mengimbau detik-detik indah kita dahulu. Saya juga berharap hari ini akan menjadi hari yang paling manis buat kita. Saya nak awak abadikan kenangan ini. Selamanya. Bolehkan, sayang KuUmmairah." KuKamilSyah melahirkan hasrat hatinya.
"Mestilah awak. Saya akan abadikan semua kenangan kita di sini. Supaya suatu hari nanti bila kita dah tua, ia akan menjadi memori indah kita bersama dan saya ingin anak kita mengetahui kisah cinta kita. 'Kisah cinta KuUmmairah dan KuKamilSyah' " KuUmmairah menjawab dengan penuh semangat dan harapan sambil menunjukkan pohon rendang itu. Siap dengan tema lagi.
"Terima kasih awak kerana sudi menjadi teman setiawan saya." Bicara KuKamilSyah lagi.
"Sama-sama awak. Terima kasih pada awak juga, kerana sudi terima saya seadanya." KuUmmairah berbicara pula, dengan penuh gembira bersama senyuman yang tenang dan senang. Terasa amat bahagia.
"Saya ingin membacakan sebuah puisi untuk awak. Puisi yang saya pernah tulis dulu. Awak masih ingat."
"Ku bukan pencipta puisi, Yang indah mengukir kepuitisan, Ku ingin kau mengerti, Batas dalam menjalinkan persahabatan, Sematkan satu tujuan, Yang suci murni, Biar ikatan persahabatan, Akan kekal abadi, Insyallah, Dengan izin Allah, Subhanallah, Maha suci Allah, Di titik ini Ku berserah Pada ALLAH, Menerima lamaran KuKamilSyah, Menjadi sahabat KuUmmairah, Hanya kerana ALLAH." Selesai sudah KuUmmairah membacakan puisi buat KuKamilSyah. Kekasih yang sangat di kasihi bersama senyuman yang mendamaikan.
"Saya juga ada puisi buat awak."KuKamilSyah membalas puisi KuUmmairah.
"Cintaku umpama bulan yang setia pada bintang, umpama siang yang setia pada mentari, umpama angin yang setia pada pohon, umpama air yang setia pada sungai, ombak yang setia memukul pantai. Keindahan ciptaan Tuhan, menjadi keagungan cintaku. Tiada secalit duka pada cinta, kesyukuran pada pencipta, itulah tanda cinta. Andai waktu bisa terhenti, kan ku hentikan detik ini, agar ku akan sentiasa di sisimu KuUmmairah. Cintaku padamu terlalu besar dari cintamu, namun cintaku padaNYA lebih besar dari cintaku padamu.\" KuKamilSyah mengakhiri puisinya.
"Benar awak, biarlah sebesar mana pun kasih sayang kita, tidak akan melebihi kasih sayang kita padaNYA." Jawab KuUmmairah.
Akhirnya kedua-duanya membisu dan menikmati pemandangan yang paling cantik ciptaan ALLAH. ALLAH MAHA BESAR, pemilik alam semesta dan penghuninya.
Senja telah pun melabuhkan tirainya. KuUmmairah telah selamat tiba di rumah. KuKamilSyah telah menghantarnya pulang. Tidak pernah terdetik di hati KuUmmairah akan terlahir bibit cinta antara mereka. Itulah anugerah yang paling indah padanya. Di kurniakan teman, kekasih sebaik KuKamilSyah. Selama persahabatan mereka, tidak pernah sekali pun KuKamilSyah mengambil kesempatan ke atas dirinya. Hinggalah mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga.
Dalam perjalanan pulang ke rumah. KuKamilSyah terasa sakit yang amat sangat di kepalanya. Melangkah sahaja KuKamilSyah ke dalam rumah, dia pun rebah. Tidak menyedarkan diri. KuKamilSyah telah di kejarkan ke hospital. Tiada siapa menduga, KuKamilSyah yang kuat, periang adalah seorang pesakit barah otak peringkat akhir. KuKamilSyah telah merahsiakan penyakitnya dari pengetahuan keluarga dan kekasih hatinya KuUmmairah.
Dua minggu sebelumnya. KuKamilSyah telah membuat pemeriksaan kerana kerap mengalami sakit kepala.
"En.Kamil, dukacita saya maklumkan pada En.Kamil. Saya harap En.Kamil akan tabah menghadapinya. En.Kamil menghidap kensar otak peringkat 4. Maafkan saya. En.Kamil harus menjalankan pembedahan untuk membuang kensar, namun peratus keselamatan 50-50.\" Doktar memaklumkan kepada KuKamilSyah.
"A.....pa dok...tar, barah otak. Peringkat 4? Pembedahan? Ya Allah\" KuKamilSyah terperanjat dengan berita yang di sampaikan oleh Doktar peribadi keluarganya itu. Hanya juraian air mata yang dapat mengambarkan perasaannya kini. Dia hanya mampu berserah pada ALLAH. Dia harus kuat dan tabah. Redha atas segala ketentuanNYA.\'Ya Allah, tabahkanlah hatiku mengharungi dugaanMu ini. Redhakanlah hatiku mendengar berita ini' Rintih hati kecil KuKamilSyah.
"Doktar, saya nak kamu rahsiakan pekara ini dari pengetahuan semua orang. Saya tak nak menjalankan pembedahan. Biarlah saya menghabiskan sisa-sisa hidup saya di sisi insan-insan yang saya sayang. Saya ingin tahu berapa lama lagi waktu yang saya ada." Pesan KuKamilSyah dan bertanya jangka hayatnya.
"Kira-kira dalam 1-2 bulan sahaja lagi waktu yang En.Kamil ada. Namun semuanya ketentuan Allah, perbanyakkanlah berdoa En.Kamil." Jawab doktar tu lagi dan menundukkan kepala. Tanda dia juga berasa duka dan bersimpati dengan berita yang di sampaikan.
'Di sisimu aku terdiam seribu bahasa, di hatiku bergetar sejuta rasa.....'Handfon KuUmmairah bergetar mengalunkan lagu 'hatiku milikmu' menandakan ada pemanggil di hujung talian.
"Assalammualaikum..KuUmmairah ke tu."Soal pemanggil.
"Waalaikumussalam..Ya...saya KuUmmairah. Siapa di sana?"Jawab KuUmmairah dan bertanyakan siapa pemanggilnya.
"Alhamdulillah, akhirnya. Saya kak KuKamilSyah." Jawab pemanggil.
"Kak KuKayfa ke?" Soal KuUmmairah lagi.
"Ya..saya KuKayfa. Saya ada berita ingin sampaikan pada KuUmmairah. Saya harap KuUmmairah akan tabah mendengarnya." Jawab KuKayfa bersama harapan.
"Insyallah kak." Jawab KuUmmairah bersama getar di jiwanya. Hatinya gusar mendengar bicara KuKayfa. Namun dia harus kuat untuk mendengarnya.
"Emmmmm...KuUmmairah...Emmmm...tadi KuKamilSyah...emm..." Teragak-agak KuKayfa hendak menyampaikan berita yang menyedihkan itu. Namun dia harus tabah untuk mengutarakannya.
"Kak KuKayfa, kenapa dengan KuKamilSyah?\\" Hati KuUmmairah di pagut rasa bimbang dan tidak enak. Namun dia cuba sedaya upayanya untuk bersikap tenang. Selagi tidak pasti apa yang ingin disampaikan oleh KuKayfa.
"KuKamilSyah, sudah tiada KuUmmairah. Dia telah pergi meninggalkan kita. Kakak harap KuUmmairah tabah. Ya sayang.\"KuKayfa cuba bersikap tenang dan kuat menuturkan kata-kata itu. Hanya Allah yang tahu perasaannya kini. Biarpun perit untuk di telan namun itulah kenyataan yang perlu di terima dangan tenang dan redha. Moga Allah menempatkan roh KuKamilSyah di kalangan insan-insan yang soleh dan solehah.
"Ti...ti..ti..tidak...A..a...a...akak tipukan..KuKamilSyah ba..ba..ru je hantar KuUmmairah balik..Kami baru je bertemu kak..Tak mungkinnnnn.."Tersekat-sekat bicara KuUmmairah, menahan sebak di dada. Tidak terbendung juraian air mata yang merembes lalu. Hatinya benar-benar ke kosongan kini. Seorang insan yang amat di kasihi sepenuh hati telah pergi menghadap ILAHI.
Tidak lama, talian pun putus.
Mak Millah, menghampiri KuUmmairah, dan menenangkan KuUmmairah. Dia tahu, hati itu terluka dan sedih. Namun dia tidak ingin terlihat lemah di hadapan KuUmmairah. Dia ingin mengalirkan kekuatan dan kecekalan, agar tidak terjelupok ke jurang kekufuran.
"KuUmmairah, bersabarlah nak. Allah lebih meyayanginya. Usah ratapi pemergiannya dengan air mata. KuUmmairah, pergilah mendirikan sohlat. DenganNya kita mencari kekuatan dan ketenangan. Lahirkan dan lepaskan segalanya padaNya." Mak Millah mengarahkan KuUmmairah mendirikan sohlat. Agar hatinya lebih tenang.
KuUmmairah memandang wajah Uminya dan berlalu ke pili air, mengambil wuduk dan mendirikan sohlat. Selesai mendirikan sohlat, KuUmmairah menadah tangah berdoa kepada Yang Esa.
'Ya Allah, sesungguhnya ku hambaMU yang daif dan lemah. Ku hambaMU yang penuh kekilafan, ampuni hambaMU ini Ya Allah di atas segala kekilafan diri dan kelalaian hamba. Ya Allah, hanya padaMu ku sandarkan segala suka dan duka ku. Sesungguhnya, pemergiannya adalah yang terbaik buat hidupnya dan agamanya, Engkau berikanlah kekuatan dan ketabahan kepada hambaMU ini. Bukakanlah pintu keredhaan dan keikhlasan hambaMU ini dalam menempuhi cubaan ini. Moga rohnya tenang di sisiMU dan insan-insan yang soleh dan solehah.' Berjuraian air mata membasahi pipi KuUmmairah. KuUmmairah melepaskan segalanya kepada Yang Berhak (ALLAH).
"KuUmmairah, ada sesuatu Ibu nak beri kepada kamu. Ini amanah arwah, setelah pemergiannya." Ibu KuKamilSyah (KuSafha) menyerahkan sebuah dairi kepada KuUmmairah. Setelah selesai kenduri arwah pada malam itu. KuSafha mengajak KuUmairah ke bilik KuKamilSyah, untuk memberikan dairi itu. Ibu KuKamilSyah, masih dirundung ke dukaan. Namun dia tetap gagahkan hati untuk menyerahkan amanat terakhir arwah.
"KuUmmairah, masih sudi menjadi anak Ibu. Saat pertama kali melihat KuUmmairah, Ibu telah terpikat. Ibu harap KuUmmairah akan setuju." Sambung KuSafha lagi. Dia berasa tenang dan nyaman di sisi KuUmairah.
"Insyallah Ibu, KuUmmairah akan sentiasa menjadi anak Ibu. Terima kasih Ibu, masih sudi menerima KuUmmairah." KuUmmairah memeluk KuSafha, dan melempiaskan segala ke sedihan yang tersisa di bahu wanita separuh abad itu. KuUmmairah terkenangkan arwah KuKamilSyah, di saat KuSafha menyatakan hasratnya itu. Rasa rindu tetiba menerjah hatinya.
KuUmmairah, menyelak tiap helaian dairi itu. KuUmmairah ralit menyelak helaian dairi itu hingga, jari jemarinya terhenti di muka surat terakhir. Dengan tenang dia melihat setiap aksara di muka surat itu. Air matanya tertumpah ketika membaca setiap not kata di atas helaian putih itu.
Isi kandungan:
Assalammualaikum, KuUmmairah yang amat saya kasihi. Namamu indah bak sirna di waktu pagi. Renunganmu, pendamai jiwaku ini. Biar sebeban kedukaan melanda, segalanya lenyap tika melihat senyumanmu.^_^
Di saat KuUmmairah membaca aksara-aksara ini. Saya telah pergi menghadap Ilahi. Maafkan saya kerana tidak memberi tahu KuUmmairah tentang penyakit saya. Saya tidak mahu KuUmmairah berdurjana dengan air mata. Saya gembira, di saat-saat akhir saya, ada KuUmmairah menemani. Tiada sekelumit rasa kesal mengenali KuUmmairah. Sejuta ke syukuran kehadrat Ilahi, menghadiri KuUmmairah sebagai pendamping. Biarpun waktu mencemburui kita bersama.
Hari ini, adalah hari yang sangat indah buat saya selama 360 hari mengenali KuUmmairah. kerana dapat menyaksikan terbenamnya mentari petang bersama insan yang amat saya sayangi. Saya harap KuUmmairah akan terus kenang saat indah kita di \'pohon cinta\'. Itulah tanda cinta kita.
KuUmmairah, saya hadiahkan puisi terakhir buatmu. Usah rindu-rinduan pada diri ini. Saya akan sentiasa di sisimu, memerhati dari jauh.
'Rindu indah di saat berjauhan, rindu tidak pernah hilang, rindu akan setia meneman, rindu akan terus di kenang. Terpisah jauh kerana takdir Tuhan, terlerai ikatan itulah suratan, di hati terkubur indah dalam kenangan. Salam rindu ku buatmu KuUmairah yang di cintai dan ku sayang.'
Akhir sekali, usah iringgi pemergian diri ini dengan linangan air mata. Hadiahkanlah diri ini dengan doa. Hanya itu pinta ku. Carilah pendamping yang lebih sempurna dari diri ini. Ku meyayangimu setulusnya. Namun Allah lebih meyayangi diriku.
Ikhlas dariku KUKAMILSYAH.
"KuKamilSyahhhhhh.....Aaaaaaa...Waaaaaa...Aaaaa..."KuUmairah melepaskan segalanya buat terakhir kalinya. Setelah detik itu, tiada lagi air mata mengiringi pemergian KuKamilSyah. Biarlah KuKamilSyah tenang di sana.
"Itulah kesudahan cerita 'Pohon Cinta' ini." Wanita itu pun menamatkan ceritanya.
"Umi..Umi...Uncal KuKamilSyah tu beruntungkan. Mesti Aunty KuUmmairah bertuah dapat mengenali Uncal." Kanak-kanak itu mula berbicara seakan-akan orang dewasa. Wanita itu hanya menghadiahkan senyuman kepada anaknya.
"Umi pun mesti bahagia dengan Walid kan." Soal kanak-kanak itu lagi.
"Mestilah sayang. Umi ada KuKamil dan Walid, menyinari hidup Umi. Umi bahagia sangat." Jawab wanita itu dan mengucup syahdu umbun-umbun kanak-kanak itu.
"Assalammualaikum sayang Walid. Dah lama tunggu Walid?" Tiba-tiba hadir seorang lelaki. Suami kepada wanita itu. Mereka pun duduk melihat matahari terbenam. Bersama-sama.
'KuKamilSyah, seperti yang pernah KuUmairah janjikan. KuUmairah akan terus mengabadikan cinta kita di sini. Hari ini, KuUmairah telah datang ke Pohon Cinta bersama insan-insan yang KuUmairah sayang dan KuUmairah telah menkongsikan cerita cinta kita dengan permata hati KuUmairah dan KuKaifur iaitu KuKamilSyah. KuKamilSyah junior bijak seperti Walidnya. KuUmairah bahagia sangat KuKamilSyah yang di ingati. Terima kasih pernah membahagiakan KuUmairah.'
'CINTA TIDAK HARUS DIMILIKI, CINTA AKAN TERUS BERSEMADI, BERSAMA KENANGAN CINTA INI, DI POHON CINTA KAMI.'
5 comments
AAAA.. aku alami sesutu yang aneh tatkala membaca ini.. Meresap ke dalam sanubari.. huhuh.
cinta tidak semestinya memiliki.. huuu. Tapi KUUMAIRAh bertemu juga kebahagiannya walau bukan dengan KuKamilSyah .. huuuu
Hmmm,,, yg ni yang terbaik?
Lps ni bace. Mkasih tayangkan. Hehe
tahniah pemenang
cinta mmg sgt misteri. .yg dicinta x smestinya dimiliki. .
awk. .jom la vote band sy. .jom laaaaa
@Iffah AfeefahTERIMA KASIH...SETELAH SEKIAN LAMA BARU DAPAT MEMBALAS...BARU BUKA BLOG WARNA KASEH...
SEKARANG SAYA TELAH MEMPUNYAI BUKU SENDIRI, SEMUANYA ANTOLOGI CERPEN DAN PUISI... SUDAH ADA 6 BUAH BUKU... SUDILAH MENJENGAH FB SAYA. Fadiyanur-Fad.