http://reenapple.blogspot.com/
Aaaa... Silalah remove aku. Itu lagi baik dari aku remove kau. Even aku might dissapointed, but at least ia tak sesakit rasa annoying itu. Please remove me. (T.T).
Aaaa... Silalah remove aku. Itu lagi baik dari aku remove kau. Even aku might dissapointed, but at least ia tak sesakit rasa annoying itu. Please remove me. (T.T).
Status itu diupdate di facebook. Damia mengalirkan air mata. Sakit sebenarnya memendam rasa itu. Sakit sebenarnya melihat situasi itu. Gambar-gambar si dia bersama teman wanitanya. Teman wanita yang merupakan bekas sahabat baiknya. Ah… dia terluka dengan perhubungan itu. Berapa puluh kali dia cuba untuk bahagia melihat si dia bersama Balqis. Si dia yang dia pendam perasaan suka. Mungkin bukan pada kali pertama bersua, tapi benar, dia punya perasaan pada lelaki itu.
Yaaa… persahabatan dia dan Balqis itu terputus disebabkan lelaki itu. Lelaki yang diberi nama Azizi itu. Azizi tegar memilih Balqis dari dia. Ah… bukannya Azizi tahu tentang perasaannya pun. Tiada sesiapa yang tahu tentang perasaannya pada Azizi. Tuhan sahaja yang tahu tentang rahsia itu.
“Kita BFF kan?” Damia masih lagi ingat ayat Balqis di saat itu. Saat kali pertama mereka mengikat persahabatan ketika di semester pertama di UKM. Ah… dia ingat lagi saat itu. Dia tidak tahu sama ada dia atau Balqis yang kenal Azizi dahulu. Dia dan Azizi belajar dalam bidang yang sama, Accounting sedangkan Balqis, Human Resource. Mungkin mereka berkenalan ketika minggu orientasi. Mungkin.
Damia ingat lagi ketika dia berkenalan dengan Azizi. Mereka satu kelas ketika di semester satu. Dari situlah dia berkenalan dengan Azizi. Entah, dia sendiri tidak tahu, syaitan apa yang telah merasuk dirinya untuk menyukai Azizi yang kalau difikirkan, tiada langsung cirri-ciri lelaki idamanya. Tiada langsung.
######
“Damia!” jerit Balqis ketika melihat Damia sedang berbincang dengan Azizi mengenai hal assingment mereka.
Balqis memandang ke arah lelaki di hadapan Damia. Ah… lelaki ini. Lelaki yang dia rasakan telah jatuh cinta saat terlihatnya buat pertama kali di minggu orientasi.
Azizi mengukirkan senyuman ke arah perempuan yang baru tiba itu. Mungkin itu kawan Damia.
“Ini Azizi, coursemate aku.” Damia memperkenalkan Azizi kepada Balqis. Balqis mengukirkan senyuman. Akhirnya niatnya untuk mengenali lelaki itu tercapai.
“Balqis.” Balqis memperkenalkan diri sambil mengambil tempat di sebelah Damia.
Akhirnya hasratnya tercapai mengenali lelaki itu.
Azizi mengangguk sambil tersenyum dan dari situlah perkenalan mereka bertiga menjadi rapat. Selalu keluar bersama. Lepak bersama-sama. Itu semua cadangan Balqis yang mahu dia mengajak Azizi menyertai mereka. Damia hanya turutkan sahaja walaupun tika itu, , dia dan Azizi bukanlah rapat sangat. Cuma coursemate sahaja. Dan sehinggalah ketika di semester dua, Damia menyedari perubahan Balqis.
Damia ingat lagi ketika dia dan Balqis keluar bersama-sama ke Pesta Konvokesyen UKM. Dia tersesat. Dia keseorangan di situ. Dihubunginya Balqis berkali-kali, namun tiada balasan. Mesej yang dihantar tidak direspon. Sehinggalah satu ketika itu, bila Damia menyedari kewujudan Balqis di satu gerai. Bersama-sama Azizi. Entah bila Azizi tiba, dia sendiri tidak tahu. Seingatnya, dia tidak mengajak Azizi untuk bersama-sama mereka. Dia hairan. Damia cuba lagi menghubungi Balqis. Dia perhatikan sahaja tindakan Balqis. Balqis memandang telefonnya sebelum kembali meletakkannya ke dalam poket. Tahulah Damia, Balqis sengaja tidak mengankat panggilannya.
Semester ketiga, Damia dikhabarkan dengan berita percintaan diantara Azizi dan Balqis. Damia terkedu. Mengapa dia sendiri tidak tahu? Betullah, semester ketiga, dia dan Balqis sudah tidak lagi rapat seperti dulu. Balqis seolah-olah menjauhkan diri darinya. Tertanya-tanya, adakah dia buat salah?
Dia rasa, ketika itulah dia membuat keputusan untuk me-remove Azizi dari facebooknya namun Balqis masih lagi ada di facebooknya. Dia tak sanggup untuk me-remove Balqis. Dia dapat rasakan Balqis turut sedar dia punya perasaan pada Azizi itu, masakan Balqis sanggup merahsiakan hubungannya dengan Azizi dari pengetahuannya. Jika dia turut me-remove Balqis dari facebooknya, bukankah itu akan menguatkan lagi syak wasangka Balqis yang dia, Damia menyimpan perasaan terhadap Azizi. Saban hari, dia stalk facebook Balqis, ada satu album penuh dengan gambar-gambar Balqis dan Azizi. Damia cemburu.
Damia terlalu kecewa dengan berita itu. Terlalu. Mungkin ketika saat dia menyedari perasaannya pada Azizi, berita tentang percintaan Azizi dan Balqis tiba. Dan ketika itu juga, dia, Azizi dan Balqis menjadi orang asing kepada satu sama lain.
Setiap kali dia terlihat Azizi di fakulti, dia menjauhkan diri ataupun berlagak seolah-olah tidak menyedari kehadiran Azizi. Mujur mereka tidak lagi sama kelas. Dia lega tentang itu. kadang-kadang terbit rasa bersalah melayan Azizi sedemikian. Ah maaf.
#######
Damia terlihat Azizi di fakulti. Kali ini mereka face to face. Damia menelan air liur. Tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Mengukirkan senyuman mahupun berlagak tidak mengenali Azizi. Damia sedar, Azizi memandangnya. Mungkin mengharapkan dirinya mengunkapkan perkataan HI padanya. Akhirnya Damia mengambil keputusan untuk tidak mengendahkannya. Itu lagi baik sebenarnya. Jika dia menegur Azizi dan berlagak dia tidak terluka dengan kisah percintaannya dengan Balqis yang kini sudah mencapai usia 2 tahun, sudah tentu dia akan lebih terluka.
Ah… mahu saja dia luahkan perasaannya pada Azizi, namun apakan daya, Azizi tidak akan pernah memilihnya. Dia sudah punya Balqis. Balqis mampu buatkan Azizi bahagia. Dia tahu itu dari gambar-gambar yang diupload oleh Balqis di facebooknya. Damia tak akan sesekali merosakkan hubungan Balqis dan Azizi walau betapa perasaan yang dipendam terhadap Azizi itu menyakitkannya. Dia mahu saja buang sahaja perasaan itu namun usaha itu sia-sia sahaja. Perasaan itu tidak mahu hilang.
Ah… perasaan itu tidak mahu hilang.
Azizi memandang sahaja Damia berjalan melintasinya tanpa sebarang sapaan. Dia terluka. Ah… kalaulah Damia tahu hal yang sebenarnya, sebenarnya Damia yang mahu dipilihnya namun bila mendengar kisah Balqis yang Damia tidak menyukainya, Damia hanya menjadi hipokrit mengukirkan senyuman setiap kali mereka terserempak, Azizi kecewa. Lantas dia memilih Balqis yang ketika itu meluahkan perasaan padanya. Sebulan diambil sebelum dia akhirnya benar-benar pasti, perasaan terhadap Damia hilang dan kini dia gembira bersama Balqis.
Damia mengalirkan air mata selepas berjalan melintasi Azizi. Dia terluka. Ah… mengapa dia yang harus alami situasi ini. “Tak apa. Ini kali terakhir.” Damia memujuk dirinya. Azizi dan Balqis kini berada di tahun terakhir sedangkan dia masih ada 1 tahun. Tak apa, mungkin itu yang terbaik untuk dirinya. Mungkin. Satu hari nanti perasaan pada Azizi akan hilang dengan sendirinya sebagaimana satu hari nanti dia akan melupakan Azizi dan Balqis dalam hidupnya. Dia mengharapkan itu. Dia akan ketemu cinta yang baru. Dia yakin itu.
Ini kali terakhir.
2 comments
kalau cinta jangan di sembunyi-sembunyi. Face it sebelum menyesal.
asal aku tak perasan citer kau yang ni? hurmmm... ;) masih terbaik dalam cinta yang agak persis melankolik ni,... hurmmm